"kadang2 Allah biarkan suasana BERJAUHAN..Dia datangkan pula KASIH SAYANG..puas insan menangis mengenang betapa jauhnya..rupa2nya Allah nak menghadiahkan sesuatu KERINDUAN yang amat berharga..
Sungguh ketika ini, waktu bergerak pantas. Tanpa rasa kasihan. Hati semakin celaru. Mahu atau tidak, semuanya akan ditempuh juga. EXAM!!!...satu debaran untuk pelajar macam aku. Satu penyeksaan bagi pelajar macam kami. Satu tekanan, satu bebanan...TAPI itulah penentu sebuah perjalanan. Itulah jambatan untuk menyeberangi kesulitan selama ini. Moga saya berjaya menghadapi dan menyeberangi segala rintangan dalam perjalanan yang panjang ini.
Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir Sessi 2008/2009 untuk semua pelajar USM.
Lama rasanya tidak berkunjung di blog sendiri. Saya tak punya cerita untuk dikongsi bersama. Cerita-cerita kehidupan ada yang mengembirakan dan ada yang menyedihkan.
Baru-baru ini saya kehilangan kucing kesayangan saya. Selepas seminggu dari mendapat rawatan dari klinik haiwan, akhirnya kucing saya telah mati. Usianya baru 6 bulan, terasa amat sedih atas kehilangannnya.
Hampir 2 bulan lagi, saya akan menghadapi peperiksaan akhir untuk sessi ini. Mungkin selepas ini, masa saya akan semakin suntuk. Sejak beberapa kehilangan dalam kehidupan, saya agak jarang untuk menjenguk blog ini. Dan hari ini baru saya teringat untuk membuka email setelah hampir sebulan lebih ditinggalkan tanpa membalas semua email kenkawan. Alhamdulilllah email yahoo saya masih berfungsi dan menyimpan semua data. Ada beberapa email kawan-kawan yang masih belum dibalas. Maafkan saya sebab tidak membalasnya. Tapi tidak bermakna saya melupakan kalian semua. Biarpun dimana mereka, saya tetap berharap semua kawan-kawan saya sentiasa berada dalam kesejahteraan olehNya. YM saya juga dah agak lama tidak online. Saya lebih mudah berurusan dengan HP sahaja. Semua dunia ini semakin kecil dan semakin jauh ditinggalkan. Dan mungkin suatu hari nanti tiada lagi saya didunia internet ini. Berkemungkinan..!!
Sejak mula bercuti ni, terlalu banyak masa saya untuk explore internet. Pusing dunia saya membaca blogger yang berbakat dan menarik perhatian dan diantaranya..
Saya membaca juga blog 'SangPelangi'. Kebanyakan entrinya memang menarik. Singgah dengan rahsia, segan untuk meninggalkan jejak. Satu catatan yang saya copy dari blog beliau. Harap 'SangPelangi' izinkannya..
"...Bagi aku, manusia yang mempunyai masalah cinta selalunya akan memilih antara tiga pilihan. Pertama, memendam rasa dan takkan ceritakan masalahnya itu pada sesiapa pun. Kedua, memilih untuk menceritakannya pada rakan-rakan terdekat. Ketiga, lebih selesa berkongsi masalah dengan total strangers yang tidak dikenali..."
"...Terkadang kita mengukur kebahagiaan di mata orang, lantas kita mengorbankan erti bahagia di mata sendiri. Sedangkan bahagia itu letaknya di hati. Kita tidak mampu berasa bahagia kalau kita merasakan tidak boleh bahagia. Kita melangkah tatkala bahagia hanya beberapa langkah di hadapan dan kita mengambilnya tanpa perlu merampas daripada sesiapa. Berbahagialah selalu kerana bahagia itu adalah milik setiap insan yang telah bersedia untuk berasa bahagia. Nikmatilah kebahagiaan itu sebaik mungkin."..
Kata-kata ni saya ambil dari blogger yang selalu saya bertamu. Terkesan kat hati dengan kata-kata ini.."Bahagia itu Hak Milik Setiap Insan.."
AlHamduLillah..akhirnya perjuangan ini berakhir di sini. Tapi untuk seketika je, masih banyak lagi yang perlu dilalui. Masih panjang lagi perjuangan dan perjalanan ini. Moga Allah sentiasa mempermudahkan perjuangan ini.
Esok saya mula bercuti. Banyak juga aktiviti yang akan dilaksanakan. Moga semua perancangan ini dipermudahkan olehNya. InsyaAllah.
Antara aktiviti yang akan dibuat: 1- Meghadiri jemputan kahwin ~ Tanjung Piandang, Ipoh, Losong Ferry T'ganu. 2- Projek anak angkat anjuran kolej ~ Sg Siput,Perak 3- Family Gathering ~ Cameron Highland 4- Siapkan research for final ~ April 2009 5- Melawat saudara ~ Terengganu dan Pahang. 6- Ambil lesen memandu 7- Melawat Ibu dan Teman ~ Tanah Perkuburan Islam ~ 8- Up date blog ~ kalau rajin ~
Saya juga akan membalas semua email yang masih tidak berbalas. Maaf untuk semua, atas kelewatan yang disengajakan. Saya tahu, memang sukar untuk hubungi saya melalui YM, yang kekadang online dan kekadang tiada. Begitu juga handphone yang kekadang ada credit, kekadang tiada (selalu je tiada).
#Betul kata abang Irfan, macamana nak kenal kalau semuanya dihalang. Email adalah antara jalan paling mudah untuk menghubungi seseorang. ok!!..ok..!!saya balas nanti. Malas dah nak kenal kawan maya...
Semakin hampir penghujung tahun. Semakin dekat cuti semester. Semakin jauh saya tinggalkan kenangan itu. Semakin rindu. Semakin hampir detik itu. Terasa semakin sayu untuk dibuangkan. Itulah janji hati setelah setahun berlalu. Cepat sungguh waktu berlalu. Semakin dikejar, semakin jauh ditinggalkan.
Biarlah semakin jauh mengejar, semakin banyak pengisian di hati. Kerana Allah sentiasa bersama-sama insan yang selalu mengingatiNya.
Beberapa orang kawan kolej dan kawan yang jauh seperti tak puas hati sebab semua email tidak berbalas sejak 2 bulan yang lalu. Saya sebenarnya pernah berjanji untuk menutup akaun email saya setelah pemergian seorang teman. Mungkin kawan-kawan tidak pernah merasai sesuatu 'kehilangan' yang begitu berkesan di hati. Hinggakan saya tidak sekuat dulu bersama semangat yang ada. Tidak terniat untuk melupakan kawan-kawan semua di hati saya. Hubungi saya melalui Handphone dan YM. InsyaAllah saya sentiasa ada dekat dihati kalian.Nanti saya fikirkan semula samada untuk membalas semua email yang tertunda itu. Saya masih mempunyai 2 email yang tidak berbalas setahun yang lalu dari 'teman'...Saya bukan merajuk untuk beremail dengan kalian...
"..Jika saya kawan kamu, tentu tahu bagaimana untuk mencari saya. Jika saya sahabat kamu, pasti tahu untuk mengekalkan saya dihati kamu. Jika saya teman kamu, ikhlaskan, dekatkan saya di hati kamu.."
You see this water carefully contained on your hand. As long as You keep your hand caringly open and allow it to remain there, it will always be there. However, if You attempt to close your fingers round it and try to posses it, it will spill through the first cracks it finds.
The greatest mistake, while people do when they meet, they try to posses it, they demand, they expect and it just like the water spilling out of your hand, love retrieve from You. Because Life is not measured by the number of breaths we take, but by the moments that take our breath away.
Nothing's gonna change my love for you, You tought to know by now how much I love you, The world may change my whole life through, But nothing's gonna change my love for you..
My Friend My Friend when I think of you. I think of all that we've been through. All the times we argue and fight, I know deep inside that it isn't right. I, then feel bad and a lot of pain. It feels like I've fallen from the sky like the rain. I love you dear friend with all of my heart. But now that you're gone I've fallen apart. I'm getting better as the days go by. I wish sometimes this was all a big lie. I pray to you every night. It's like you're my fire, a burning light. My dear friend, I miss you a lot. I still wonder why you were put in that spot. I know you're in a place much better than here. Watching and helping me with all of my fear. Our friendship my dear friend, we will have to the end. Friends till the end is what we will be. Someday we'll be together, together you and me.