Samb(1) Asma` ullahul Husna « Aiza
Image hosted by Photobucket.com











Sunday
Samb(1) Asma` ullahul Husna

1. "Ya Allah!" apabila dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.


2. "Ya Rahman!" apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.


3. "Ya Rahim!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.


4. "Ya Malik!"
apabila dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah.


5. "Ya Quddus!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari, dengki dll.


6. "Ya Salam!" apabila dizikirkan sebanyak 136 x, InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera.


7. "Ya Mukmin!" apabila dizikirkan sebanyak 236 x, InsyaAllah diri kita,keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.


8. "Ya Muhaimin!" apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat fardhu Isyak, Insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.


9. "Ya 'Aziz!" apabila dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh,InsyaAllah, kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.


10."Ya Jabbar!" apabila dizikirkan sebanyak 226 x pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.


11. "Ya Mutakabbir!" apabila dizikirkan sebanyak 662 x, maka dengan kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yg setia.


12."Ya Khaliq!"
dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, InsyaAllah yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap (faham).


13."Ya Baarii'!" sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100 x selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.


14."Ya Musawwir!" sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21 x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 x, InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.


15."Ya Ghaffaar!" sambil beri'tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100 x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita.


16."Ya Qahhaar!" dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306 x, maka hati kita akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.


17. "Ya Wahhaab!" dizikir sebanyak 100 x sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu didalam kesempitan, Insya Allah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa pun akan hilang.


18. "Ya Razzaq!" dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, Insya Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.


19. "Ya Fattah!" dizikir sebanyak 71 x sesudah selesai solat subuh, InsyAllah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.


20. "Ya 'Aalim!" dizikir sebanyak 100 x setiap kali selesai solat Maktubah,Insya Allah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.


21. "Ya Qaabidhu!" dizikirkan 100 x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.


22. "Ya Baasithu!" Bagi mereka yg berniaga atau mempunyai usaha2 lain,kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari, InsyaAllah rezeki akan menjadi murah.


23. "Ya Khaa'fidh!" dizikirkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.


24. "Ya Raafi!" dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 x, InsyaAllah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.


25. "Ya Mu'izz!" dizikirkan sebanyak 140 x setiap hari, Insya Allah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.

Posted at 24.8.08 by MySelf

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry
   



Image hosted by Photobucket.com


Image hosted by Photobucket.com



Image hosted by Photobucket.com
My Friend
My Friend when I think of you.
I think of all that we've been through.
All the times we argue and fight,
I know deep inside that it isn't right.
I, then feel bad and a lot of pain.
It feels like I've fallen from the sky like the rain.
I love you dear friend with all of my heart.
But now that you're gone I've fallen apart.
I'm getting better as the days go by.
I wish sometimes this was all a big lie.
I pray to you every night.
It's like you're my fire, a burning light.
My dear friend, I miss you a lot.
I still wonder why you were put in that spot.
I know you're in a place much better than here.
Watching and helping me with all of my fear.
Our friendship my dear friend,
we will have to the end.
Friends till the end is what we will be.
Someday we'll be together,
together you and me.



Image hosted by Photobucket.com




Aku Tanpa Cinta Mu - Mirwana



Jadual Pembelajaran sessi 2008 / 2009

17/08/08 - 24/08/08 Cuti Pertengahan Semester
28/09/08 - 05/10/08 Cuti Khas
26/10/08 - 02/11/08 Minggu Mengulangkaji
03/11/08 - 22/11/08 Peperiksaan
23/11/08 - 21/12/08 CUTI DI ANTARA SEMESTER
25/01/09 - 01/02/09 Cuti Pertengahan Semester
05/03/09 - 12/04/09 Minggu Mengulangkaji
20/04/09 - 02/05/09 Peperiksaan Akhir
03/05/09 - 05/07/09 CUTI PANJANG/LATIHAN INDUSTRI



Image hosted by Photobucket.com

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed