Samb(3) Asma` ullahul Husna « Aiza
Image hosted by Photobucket.com











Tuesday
Samb(3) Asma` ullahul Husna

46. "Ya Waasi!" Apabila di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128 x setiap pagi & petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.


47. "Ya Hakiim!" Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas & lancar didalam menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya 300x setiap hari.


48. "Ya Waduud!" Amalkan zikir ini sebanyak 11,000 x pada setiap malam.InsyaAllah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa berada didalam keadaan harmoni.


49. "Ya Majiid!" Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi & menghormati & khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan zikir ini sebanyak 99 x, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka. InsyaAllah semua anggota keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai ketua keluarga.


50. "Ya Baa'its!" Zikirkan sebanyak 100 x dengan meletakkan kedua tangan ke dada, InsyaAllah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.


51. "Ya Syahiid!" Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.


52. "Ya Haq"! Perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.


53. "Ya Wakiil" Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat, atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala.


54. "Ya Qawiy!" Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berdepan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.


55. "Ya Matiin!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.


56. "Ya Waliy!" Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan,maka amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya,kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.


57. "Ya Hamiid!" Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.


58. "Ya Muhshiy!" Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan didalam pertolongan yang selalu dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.


59. "Ya Mubdiu!" Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470 x setiap hari. InsyaAllah....


60. "Ya Mu'id!" Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124 x setiap hari sesudah solat. InsyaAllah dipertunjukkan akan hasilnya.


61. "Ya Muhyiy!" amalkan zikir ini sebanyak 58 x setiap hari, InsyaAllah kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.


62. "Ya Mumiit!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan dipermudahkan didalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya.


63. "Ya Hayyu!" Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.


64. "Ya Qayyuum!" Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka berzikirlah dgn "Ya Hayyu Ya Qayyuum..." sebanyak 1,000 x setiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan,Insya Allah akan tercapai segala hajat.


65. "Ya Waajid!" Andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.


66. "Ya Maajid!" Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.


67. "Ya Waahid!" Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata & tersangat ingin untuk menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, Insya Allah...


68. "Ya Somad! Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup,maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah,diri akan berasa segar & sentiasa.


69. "Ya Qaadir!" Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal,maka amalkan zikir ini sebanyak 305 x setiap hari, Insya Allah segala hajat akan berhasil.


70. "Ya Muqtadir!" Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahariah, maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.


71. "Ya Muqaddim!" Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata "Barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184 x setiap hari, InsyaAllah, nescaya segala usahanya akan berhasil".


72. "Ya Muahkhir"! Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah,perbanyakkanlah zikir ini.


73. "Ya Awwal!!" Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 x setiap hari, InsyaAllah segala apa yang dihajati akan diperkenankan Allah.


74. "Ya Aakhir!" Amalkan berzikir sebanyak 200 x sesudah solat 5 waktu selama satu bulan, InsyaAllah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.


75. "Ya Dhaahir!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106 x selesai solat waktu di tempat yang sunyi (khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu.

Posted at 26.8.08 by MySelf

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry
   



Image hosted by Photobucket.com


Image hosted by Photobucket.com



Image hosted by Photobucket.com
My Friend
My Friend when I think of you.
I think of all that we've been through.
All the times we argue and fight,
I know deep inside that it isn't right.
I, then feel bad and a lot of pain.
It feels like I've fallen from the sky like the rain.
I love you dear friend with all of my heart.
But now that you're gone I've fallen apart.
I'm getting better as the days go by.
I wish sometimes this was all a big lie.
I pray to you every night.
It's like you're my fire, a burning light.
My dear friend, I miss you a lot.
I still wonder why you were put in that spot.
I know you're in a place much better than here.
Watching and helping me with all of my fear.
Our friendship my dear friend,
we will have to the end.
Friends till the end is what we will be.
Someday we'll be together,
together you and me.



Image hosted by Photobucket.com




Aku Tanpa Cinta Mu - Mirwana



Jadual Pembelajaran sessi 2008 / 2009

17/08/08 - 24/08/08 Cuti Pertengahan Semester
28/09/08 - 05/10/08 Cuti Khas
26/10/08 - 02/11/08 Minggu Mengulangkaji
03/11/08 - 22/11/08 Peperiksaan
23/11/08 - 21/12/08 CUTI DI ANTARA SEMESTER
25/01/09 - 01/02/09 Cuti Pertengahan Semester
05/03/09 - 12/04/09 Minggu Mengulangkaji
20/04/09 - 02/05/09 Peperiksaan Akhir
03/05/09 - 05/07/09 CUTI PANJANG/LATIHAN INDUSTRI



Image hosted by Photobucket.com

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed