Aiza
Image hosted by Photobucket.com











Monday
DoaKan Saya!!

"..Bittaufiq wannajahh.."
Aminn.

 

Posted at 17.11.08 by MySelf
Make a comment  

Friday
Sesuatu Yang diharapkan..

Saat tercari-cari diri ini, minda tidak berdaya untuk berfikir, hati lelah tak bermaya, khabar dan ketentuanNya mengatasi segala keceriaan di mata. Terasa kegelapan yang muram dijiwa dan disaat itu khabar duka melewati, jendela hati tersingkap kesuraman..ada sesuatu yang tersirat buntu tak menentu, terus bermain diminda dan terus memikir .....buat insan-insan yang istimewa dalam diri ini..maafkan kehadiran kalian yang tidak pernah dihargai..dan terimakasih kerana sentiasa kembali berada ketika perasaan ini tidak lagi menentu. YA ALLAH!!..terimakasih kerana memberi diri ini peluang untuk meleraikan segalanya, menyatakan hakikat sebenar yang terjadi...Tabahkan diri ini dengan kekuatan untuk menghadapi segala ujianMU..Ya ALLAh!!..permudahkan semua urusan dunia, moga dengan keberkatanMU, aku dapat kembali keceriaan seperti dulu. Hanya kepadaMU aku memohon hidayah..Aminn..

Posted at 14.11.08 by MySelf
Make a comment  

Wednesday
Akhirnya Selesa dan Bernafas..

Hari ni nampak macam free sikit. Semua perancangan mengikut jadual. Ke kedai computer untuk membeli portable hardisk. Harga yang diletakkan seperti 'harga mati'.

160 GB + Casing = RM 210
250 GB + Casing = RM 235

Fikir punya fikir, kira punya kira, budget punya budget..saya ambik 250 GB. Sekarang bukan setakat nota, program, video, lagu, gambar dan apa-apa saje boleh saya masukkan dalam hardisk baru ni..

Rasanya laptop saya lebih selesa dan dapat bernafas dengan tenang. Setenang tuannya..ALhamdulillah..semuanya dipermudahkan OlehNya.

""Menerima sesuatu yang baru tak bermakna telah menafikan kebaikan yang lama. Masing-masing ada keistimewaan. Memanglah patah tumbuh hilang berganti. Memang yang baru tumbuh, tak sama dengan yang lama. Tapi tak mustahil yang baru itu lebih baik daripada yang lama."

Posted at 12.11.08 by MySelf
Comment (1)  

Tuesday
Saya.!.Di waktu ini

Lama tak menulis di ruangan ini. Ketika hati masih melalui saat-saat genting ini, rasa ingin sekali bersembunyi. Terasa di saat itu, sayu kerana mengingati seseorang yang semakin jauh. Rindu yang teramat, ingin sekali mendengar gurauan dan senyumannya. Namun sesekali tiada lagi. Pasrah dengan takdir Ilahi.

Restuilah perjalanan hidup ini ketika saat penting begini, amat perlukan kekuatan dan semangat untuk terus berjuang. Selembar senyum mu buat azimat di hati untuk meneruskan juangan yang panjang berjela. Sekelumit kata-kata mu buat tangkal di hati untuk meneruskan kehidupan yang mencabar.

Saya mahu menepikan perasaan yang kurang menyenangkan. Biarpun dalam masa terdekat ini, hati ini seperti disakiti. Sepatutnya saya diberikan kesabaran dan ketenangan, namun sukar nya untuk menepis kesedihan.

Posted at 11.11.08 by MySelf
Make a comment  

Monday
Dalam sejuta Kawan..

Tak tau macamana saya nak describe tentang 'kawan maya'. Bagi saya jika berkawan, bermakna bukan untuk hari ini, bukan untuk esok, tapi sampai bila-bila. Tak kisahla, maya atau nyata.

Apa beza antara kawan, kawan maya, sahabat dan teman.???

Untuk setiap orang, pasti ada explanation yang berbeza-beza. Pendapat seseorang bila ditanya berkaitan perkara ini yang boleh diambil kira.

Kawan - Seorang yang senang diperolehi, boleh dapati dimana-mana dan bila-bila.

Kawan Maya - Seorang yang hadir tanpa diduga, kekadang boleh kekal, kekadang untuk sementara. Mungkin bagi mereka hanya untuk suka-suka. Ada seperti tiada.

Sahabat - Seorang yang boleh dikongsi segala suka dan duka. Sentiasa ada jika dipinta. Selalu memberi dari menerima. Tetap dihati sampai bila-bila.

Teman - Seorang yang istimewa di hati. Sentiasa ada dalam suka dan duka. Tak sesekali ditinggal dan meninggalkan bila diperlukan. Sukar didapati dan diganti. Kekal dalam ikatan ukhwah yang tulus.

* Saya yakin kawan maya juga boleh menjadi seorang sahabat. Namun dalam sejuta kawan maya, dapat ke saya perolehi satu daripadanya..yang kekal maya namun tetap seperti kawan, sahabat dan teman.
Moga doa ini dimakbulkan...InsyaAllah.

Posted at 27.10.08 by MySelf
Comments (2)  

Sunday
Ketahui olehmu..

Diingatkan bahawa faktor "kenapa" Allah melakukan sesuatu perkara tidak sama, dengan "kenapa" yang diandaikan oleh akal manusia. Malah adakalanya ketidaksamaan tersebut benar-benar bertolak belakang. Firman Allah:

 

Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. [al-Baqarah 2:216]

 

##Lebih dari itu Allah tidak sewenang-wenangnya menghukum dan menjatuhkan azab ke atas sesuatu kaum, sekalipun mereka itu orang bukan Islam.

Posted at 26.10.08 by MySelf
Make a comment  

Saturday
Cerita SEPI

Best sangat ke cerita 'SEPI' ni..teringin nak tengok..tapi entah bila la...tunggu je kat TV..kata kak Yat pada saya...nanti la..bila ada sesiapa yang sudi belanja tiket, saya akan pergi..hehe

Photobucket

Copy paste dari blog kawan.

~Ada berjuta orang dalam dunia ini,
kenapa kita ditakdirkan berjumpa,
kalau bukan untuk bersama?~

~Kenapa perlu berjumpa kalau akhirnya mesti berpisah?~

~Jangan biarkan ketakutan menghalang kebahagiaan!~

Posted at 25.10.08 by MySelf
Make a comment  

Friday
Itulah Kamu

kata-kata kamu, bikin aku sebak, kerana ada manusia, melihat apa yang aku punya dan aku tau ia hadir seikhlas hatimu! bait-bait itu, lahirkan satu rasa, kamu sahabat selamanya! mengakui kamu tiada, memikirkan kamu di sana, bahkan kamu juga, banyak mengajar, kehidupan dan kekuatan! buat kamu, melangkahlah, kerana aku sungguh yakin, di sana destinasi bahagia kamu! tentang aku, kamu sendiri tahu, mampu berdiri, kerana diskriminasi, mainan hidup ini! tentang aku, masih sahabat kamu, sampai tiga nafas terakhirku! perpisahan bukan noktah!!

 

* saya tak pasti dari mana kata-kata ini saya dapat. saya tak kisah la dari mana saya copy tapi yg pasti kata-kata ini untuk kawan-kawan yang masih ada di sisi, yang dekat mau pun yang jauh..

Posted at 24.10.08 by MySelf
Make a comment  

Thursday
Ujian & Diuji..

Setiap manusia pasti akan diduga sejauh mana dan sekuat mana imannya. Ujian dan dugaan itu adalah sementara saja. Tapi ia datang dalam bentuk yang berbeza. Mungkin hari ini kita diuji dengan harta. Esok kita diuji dengan keluarga. Setelah berjaya melalui ujian itu, kita mungkin diuji dengan kesihatan. Yang mana semuanya ini adalah kifarat dosa-dosa kita yang lalu.

Posted at 23.10.08 by MySelf
Make a comment  

Wednesday
Cinta Langit Dan Laut..

Bila langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai di antara satu sama lain. Kerana sukanya laut terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit.

Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata `Aku Cinta Padamu' ke telinga langit. Setiap kali langit mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah- merahan.

Awan datang sebagai insan ketiga. Melihat kecantikan si langit, awan terus jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Namun kesetiaan Langit hanya untuk Laut.  Awan berasa sedih lantas mendapat satu akal. Awan mengembangkan dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain. Lalu langit menangis kerana kerinduan kepada Laut. Turunla hujan membasahi perasaan laut ketika itu.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.

Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecahlah awan menjadi berselerakan sehingga ia tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.

Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran..

*
Coretan ini datang dari email seorang kawan yang sememangnya berjiwang..Mampu ke saya menjadi Langit, sebab saya suka  melihat langit nan biru, tenang.. ..Langit selalu membisikkan kata rindu untuk seseorang...SubhaNallah..cantiknya ciptaanMu..
 

Posted at 22.10.08 by MySelf
Make a comment  

Previous Page Next Page
   



Image hosted by Photobucket.com


Image hosted by Photobucket.com



Image hosted by Photobucket.com
My Friend
My Friend when I think of you.
I think of all that we've been through.
All the times we argue and fight,
I know deep inside that it isn't right.
I, then feel bad and a lot of pain.
It feels like I've fallen from the sky like the rain.
I love you dear friend with all of my heart.
But now that you're gone I've fallen apart.
I'm getting better as the days go by.
I wish sometimes this was all a big lie.
I pray to you every night.
It's like you're my fire, a burning light.
My dear friend, I miss you a lot.
I still wonder why you were put in that spot.
I know you're in a place much better than here.
Watching and helping me with all of my fear.
Our friendship my dear friend,
we will have to the end.
Friends till the end is what we will be.
Someday we'll be together,
together you and me.



Image hosted by Photobucket.com




Aku Tanpa Cinta Mu - Mirwana



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed