 |
Wednesday
Al-kisah...
Tinggal seorang lelaki buta, semua orang membencikannya kecuali kekasihnya. Lelaki itu selalu berkata kepada kekasihnya.
"saya akan mengawini awak kalau saya boleh melihat"
Pada suatu hari datang seseorang mendermakan matanya kepada lelaki itu. Bila lelaki itu boleh melihat, dia merasa sangat terkejut kerana kekasihnya juga buta. Kekasihnya berkata.
"sudikah awak berkahwin dengan saya sekarang?"
Lelaki itu menolak.
Lantas, kekasihnya tersenyum dan pergi sambil berkata.
"TOLONG JAGA MATA SAYA BAIK-BAIK".. ..
"..Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat, Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai.."
*TQ mesg dari seorang kawan.
Posted at 13.8.08 by MySelf
Permalink
Monday
Ketahuilah Olehmu Ketika kau sedang kehilangan dan hatimu masih terasa rindu... Allah SWT sentiasa mengetahui SEPI itu.
Posted at 11.8.08 by MySelf
Permalink
Sunday
SAHABAT bukan beribu tapi cuma satu, bukan sementara, tapi selamanya, bukan untuk dimusuhi, tapi disayangi, bukan untuk di lupai tapi diingati, bukan hanya di sini tapi dimana-mana, bukan sekadar meminta, tapi menghargai, bukan setakat ini tapi untuk bila-bila...

Posted at 10.8.08 by MySelf
Permalink
Thursday
Hari ni macam biasa. Tiada yang kurang menyenangkan. Cuaca sekeliling juga damai. ALhamdulillah..rahmat dariNya. Kerja banyak tapi semuanya belum terancang untuk bermula...
Rindu pada kampung. Apa khabar buah hati saya di kampung. Sejak kehilangan itu, semua merasakan sesuatu yang penting telah tiada. Seperti mimpi..Hakikatnya hampir 7 purnama telah berlalu..seperti sejam yang lalu..ya!!seperti baru je lepas berbual dengannya..
Pada teman yang 'pergi'..ingin sekali saya laungkan, betapa rindu semua berita yang setiap hari diterima. Email seakan terkubur, tanpa apa-apa berita lagi.
Sungguh!! benar-benar rasa kehilangan. Hilang yang pastinya tiada dalam cerita novel yang bersiri.

Posted at 7.8.08 by MySelf
Permalink
Saturday
Laptop ini sering buat saya terasa hati. Memang buat saya sedih..slow macam ciput. Bercadang nak tambah RAM..budget dalam RM150. Baru buat azam don't go shopping on Ogos..sedihhhh..
Sabar ya hati..selama ini pun laptop la kawan setia. Jika kita kehilangan seorang kawan baik, pasti kita akan rasakan kekurangan dalam kehidupan ini. Jangan selalu berandaian kawan boleh diganti seperti laptop..
Posted at 2.8.08 by MySelf
Permalink
Friday
Posted at 1.8.08 by MySelf
Permalink
Thursday
Rasa lega sikit hari ni. Pagi tadi tolong siapkan blog seorang kawan. Moga kawan saya dapat up date selalu. Habiskan masa dengan membelek blog kawan-kawan yang lain. Assigment dah completed.
Kenapa hati ini rasa tak seperti selalu. Sedih dengan apa yang berlaku. Saya tak minta semua ini berlaku, langsung tak terniat dan tak tahu. Kalau la masa dapat diputarkan semula, saya tak ingin teruskan apa yang telah dilalui ini. Sungguh saya tak sengaja. Jika benar kesalahan itu diletakkan pada saya, tolong maafkan saya!! Tiada apa yang lebih gembira, selain mempunyai kawan sekeliling. Tolong jangan pertikaikan masa itu. Saya gembira dan harap terus gembira seperti selalu.
Hati ini, menuntut ketenangan dan kekuatan. Setelah apa yang dilalui sebelumnya, rasa tak ingin lagi terusan berperasaan sedih dan tidak bersemangat. Tapi untuk seketika ini, masih ada ruang yang buat hati ini benar-benar terluka.
Hati...tenang!tenangkan. Senyumkan hari mu dengan menyembunyi semua rasa terluka itu. Biar tiada yang tahu, biar semuanya seperti biasa..yup seperti selalu.
Posted at 31.7.08 by MySelf
Permalink
Tuesday
~ SAAT INI HATIKU TERLUKA ~
HATI Tolong tabah dalam melusuri hidup di dunia ini. Aku perlukan kekuatan.
Posted at 29.7.08 by MySelf
Permalink
Thursday
Emosi yang datang selalu bersifat sementara. Ada waktu perasaan itu sukar diramal kerana kegembiraan, dan pada waktu yang sama, hati keresahan kerana himpitan masa dan kenangan. Namun yang sementara itu menunjukkan bukanlah milik kita. Semua itu milikNya.
Ketika waktu kegembiraan, terasa hidup penuh ketenangan dan keriangan. Ketika jiwa penuh kesedihan, saat itu sering merasa tekanan dan kekecewaan. Namun bersifat sementara dan saling berganti seperti siang dan malam. Seperti ada tetapi tiada.
Tanpa disedari, itulah kehidupan yang banyak mengajar manusia erti keinsafan.

Posted at 24.7.08 by MySelf
Permalink
Wednesday

Tika hati bersedih, kau datang bertanya
Tika senyum ku hambar, kau lemparkan kata-kata nasihat
Hati ketika marah, kau sejukkan dengan senyum mu
Hati ketika merajuk, kau khabarkan tawa mu
Waktu aku kecewa, kau lah teman
Waktu aku menangis, kau lah kekasih
Semalam kau ada di sisi
Bersama tawa mu yang tak jemu-jemu
Bersama senyum mu yang sering terukir
Kini kau pergi yang jauh
Jauh bersama rindu

Ibu,
Kini ku kehilangan mu
Aku ingin berdiri, biarpun tanpa mu
Tapi aku tersungkur
Aku ingin berlari, tanpa senyum mu
Kaki ku berat melangkah sepi
Sukarnya untuk aku lalui laluan rindu
Kerana aku kehilangan semangat kasihmu ...
Rindu untuk kamu
Tak punya kata-kata
Namun hati tetap disitu Untuk Ibu, untuk mu
Tak punya rasa
Tak punya suka
Bisakah bibir mulus tersenyum
Hati Lemas Berendam Tangis
Pulangkan Rindu Ini.

Posted at 23.7.08 by MySelf
Permalink
|
 |
|
|
 |
|