Entry: Lamanya Bersembunyi.. Saturday



Lama rasanya tidak berkunjung di blog sendiri. Saya tak punya cerita untuk dikongsi bersama. Cerita-cerita kehidupan ada yang mengembirakan dan ada yang menyedihkan.

Baru-baru ini saya kehilangan kucing kesayangan saya. Selepas seminggu dari mendapat rawatan dari klinik haiwan, akhirnya kucing saya telah mati. Usianya baru 6 bulan, terasa amat sedih atas kehilangannnya.

Hampir 2 bulan lagi, saya akan menghadapi peperiksaan akhir untuk sessi ini. Mungkin selepas ini, masa saya akan semakin suntuk. Sejak beberapa kehilangan dalam kehidupan, saya agak jarang untuk menjenguk blog ini. Dan hari ini baru saya teringat untuk membuka email setelah hampir sebulan lebih ditinggalkan tanpa membalas semua email kenkawan. Alhamdulilllah email yahoo saya masih berfungsi dan menyimpan semua data. Ada beberapa email kawan-kawan yang masih belum dibalas. Maafkan saya sebab tidak membalasnya. Tapi tidak bermakna saya melupakan kalian semua. Biarpun dimana mereka, saya tetap berharap semua kawan-kawan saya sentiasa berada dalam kesejahteraan olehNya. YM saya juga dah agak lama tidak online. Saya lebih mudah berurusan dengan HP sahaja. Semua dunia ini semakin kecil dan semakin jauh ditinggalkan. Dan mungkin suatu hari nanti tiada lagi saya didunia internet ini. Berkemungkinan..!!

   1 comments

zali
February 2, 2009   08:54 PM PST
 
salam awak..
dah sihat ke?sori x sempat melawat awak kat hspital hari tu..
prepare final elok-elok ya..;)

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments